kita-kita.
08 Jul 2011 Leave a Comment
tadi ada roadblock di highway bentong. mungkin sebab esok ada BERSIH. syukur x kena block. tapi x mahu ulas yang itu. kita punya view masing-masing yang insyaAllah, x bercanggah dengan syariat islam.
SOLUSI ISU NO.33 : RAPUH IMAN RUNTUH PERPADUAN.
antara isu solusi yang paling saya suka. pencerahan yang mengajar kita berlapang dada, insyaAllah. kita ibarat satu bangunan yang terdiri daripada pelbagai komponen. pasir, batu-bata, simen, air, keluli, konkrit, kayu, etc. setiap kita punya peranan masing-masing. itulah strategi. tapi berkurangnya satu komponen, runtuhlah bangunan kita. nak share lebih lagi tapi terlalu banyak. so boleh dapatkan solusi ni kat kedai ye? fastabiqul khairat.
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai. (Ali-’Imran;103)
ayat favourite ni. ana dah pernah share dengan group november : daurah super saiya. xpe kan ulang lagi?
Rasulullah s.a.w. bersabda: Cintailah manusia seperti kamu mencintai dirimu sendiri, maka kamu menjadi Muslim. (HR Bukhari dan Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda : Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria. (HR Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda : Tidak ada dua orang Muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan kedua-duanya diampunkan dosa mereka sebelum berpisah. (HR Abu Daud)
Dan (Dia lah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka (yang beriman itu). (Al-Anfaal;63)
saranan Imam Ghazali rhm : Setiap kali melihat orang yang melakukan dosa, hendaklah dibenci dosanya, bukan orang yang melakukannya dan jangan sekali-kali berasa lebih baik daripada orang yang berdosa itu.
jadi mohonlah pertolongan dan rahmat Allah dengan rabitah hati.
syuyukh dah ramai yang bercerita. dan kakak-kakak jugak dah beri kefahaman ni pada saya. esok insyaAllah saya akan beri pada adik-adik pulak. moga ilham dari Allah mengiringi. ameen.
kerana matlamat kita adalah Allah, bukan jemaah. dan ukhuwwah fillah itu sangat indah. moga ditetapkan hati di jalan yang lurus.
[mode = bersatu by raihan]
laskar dakwah!
06 Jul 2011 Leave a Comment
benar. hidayah hanya hak mutlak Allah. yang diberi kepada sesiapa yang dikehendakiNya. tapi kita juga kena bekerja. pemberi peringatan. untuk membawa manusia kembali kepada fitrah. kembali kepada Allah. moga x mudah patah semangat. kerana membina manusia itu x mudah.
mengejar dan masih belajar mengejar. moga Allah kuatkan kita. ameen.
saff.
23 Jun 2011 Leave a Comment
Truly Allah loves those who fight in His Cause in battle array, as if they were a solid cemented structure. (As-Saff;4)
nampak berjauhan. tapi hakikatnya kita dekat juga. bernafas udara yang sama. jejak bumi yang sama. lihat bintang yang sama. dan mahu sentiasa sama-sama. insyaAllah jika diizinkan sama-sama juga sampai ke syurga kelak. sayang dan rindu dari kejauhan. hanya kerana Allah.
[mode : melihat bintang by hafiz hamidun]
mukmin itu sensitif jiwanya.
20 Jun 2011 Leave a Comment
[mode : when you say nothing at all by ronan keating]
“The smile on your face
Lets me know
That you need me”
subhanallah. kata kakak-kakak, orang mukmin perlu sensitif jiwanya. hanya senyum. x perlu kata apa-apa. mukmin itu, insyaAllah dapat merasa.
mungkin saya x cukup sensitif untuk sedar perubahan semua orang. asif atas khilaf diri sendiri. insyaAllah. saya akan cuba untuk jadi lebih peka. tetap sayang kamu-kamu. lillahi ta’ala.
the prep.
09 Jun 2011 Leave a Comment

mempersiapkan diri.
jika Allah panjangkan umur moga kita ketemu lagi.
ameen.
hilang bentuk.
05 Jun 2011 Leave a Comment
X SEMANGAT?
LEMAH?
FUTUR?
alhamdulillah. ramai yang menguatkan. bi’ah itu x serupa. tapi ana akan cuba. jazakunnallah.
Kuat Iman Tambah Amal.
[mode : doa by chairil anwar]
peduli palestine.
31 May 2011 Leave a Comment
memperingati Gaza Freedom Flotilla, 31 Mei 2010 yang lalu.
لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
وَهُمْ كَذَلِكَ
قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
وَأَيْنَ هُمْ
قَالَ بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ وَأَكْنَافِ بَيْتِ الْمَقْدِسِ
Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.
Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya”
(HR Imam Ahmad)
alhamdulillah. kita hidup selesa. aman. selamat. tapi ingatlah mereka di sana tidak. bila ramai yang x peduli, kuatkanlah kesabaranmu. risau x tergolong dalam umat rasulullah jika x diambil hirau urusan mulimin yang lain. sungguh! Allah melihat hamba-hambaNya yang peduli akan saudaranya yang lain. meski kamu berada di himpitan gerombolan manusia yang endah x endah. isu palestine!
Dia Maha Melihat, Dia Maha Mengetahui. yakinlah, palestine juga untuk kita. bila tiba waktunya, moga kita kekal bersama mereka. insyaAllah. ameen.
[mode : amrullah by mu'adz]
kata-kata kamu.
22 May 2011 Leave a Comment

Dia Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat
hari ni diuji lagi dengan apa yang pernah saya katakan. alhamdulillah. Allah masih mahu uji hamba kerdil ni. saya risau x excel ujian ni. saya risau ramai yang dengar percakapan saya tapi saya sendiri x amalkan. saya risau saya masuk neraka sebab kata-kata sendiri sedangkan orang lain mungkin masuk syurga kerananya.
astaghfirullah
moga ikhlas dan redha saya hadir time first spark tu. moga Allah redha dengan hamba kerdil ni.
perlu lebih introspeksi diri.
[mode : bicara kata by inteam]






